Ramai yang tagged saya di berita yang mengatakan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram sehingga menganggu siasatan.
Saya telah meminta peguam-peguam saya untuk berhubung dengan polis bagi mendapatkan kepastian adakah saya individu yang dimaksudkan.
Jikalau ya, maka saya akan memberikan kerjasama penuh tanpa prejudis kerana saya tidak akan bertindak di luar ajaran Islam & undang-undang negara.
Alhamdulilah, peguam-peguam saya telah berhubung dengan pihak polis & mengesahkan saya bukannya suspek dalam kertas siasatan sebagaimana tuduhan sesetengah pihak di medsos.
Saya hanya memiliki satu sahaja Telegram Channel (https://t.me/brofirdauswong) & tidak mempunyai channel yang lain. Saya tidak bertanggungjawab di atas akaun medsos lain yang mengaitkan nama.
Semoga Allah kurniakan keadilan & kebaikan buat kita semua. Allahuma Ameen.